Jumaat, September 16, 2011

yang menarik dalam tunggu teduh dulu....

semalam .. aku mengambil sedikit masa untuk hobiku... membaca novel... hobi yang telah sungguh lama aku abaikan dek kerana kerja yang diamanahkan....dan semalam aku baca TUNGGU TEDUH DULU karya Faizal Tehrani... belum lagi kuhabiskan.. tapi hari nie aku nak share sedikit petikan perbualan antara Salsabila Fahim dan Lam aka Saifullah... Salsabila tanya kenapa Lam revert to ISLAM.. dan Lam pun menjawab....

"Ada banyak prinsip dalam ajaran Confusious dan Lao Tzu,tapi saya terserempak sesuatu yang amat menarik pada prinsip tian atau langit dan konsep sheng ren atau insan sempurna.. dalam satu tidur saya bermimpi,ada pelbagai mimpi, dalam salah satu mimpi saya ada pelbagai ilham, tetapi dalam pelbagai ilham , hanya ada satu kebenaran...... sya bermimpi bertemu Confusious. Dia beritahu, Saifullah, akku cuma sege atau guru untuk seratus generasi,carilah guru atau sege untuk seribu keturunan, malah dia adalah lebih guru dari itu"

menurut Lam lagi.. dia mula belajar tulisan Cina dan bahasa Mandrin, dan dia dapati tulisan Cina itu mengandungi tiga bahagian paling asas,iaitu gambar , makna daripada bunyi dan makna mendalam. pada konsep sheng ren  jika ditulis dengan tulisan cina akan ditemukan huruf wang berpetak dibawah yang bermakna sifat khalifah dan dapat memberi pedoman kepada orang lain dengan memahami hasrat langit. huruf kedua ialah ko,yang bermakna mampu mengajarkan kebenaran kepada orang lain.kebenaran bukan terhad untuk dirinya sahaja...
Kata Lam lagi....

"pada huruf ko saya dapati inilah sifat rasulullah iaitu tabligh atau menyampaikan. Juga siddiq  dan amanah.huruf terakhir pada kanan  ialah erh yang membawa makna mendengar. Huruf ini membawa erti manusia yang mendapat wahyu dari langit  atau ming.Huruf erh itu membawwa pengertian mendengar atau taat perintah Allah... saya memutuskan sheng ren berdasarkan tiga huruf membentuknya dalam tulisan cina merujuk kepada nabi Muhammad. itulah yang dimaksudkan Confusious dalam mimpi saya.. saya tahu saya mesti memeluk ISLAM bukan hanya kerna janji saya pada seorang gadis tapi kerana ia adalah takdir untuk saya danbangsa Cina keseluruhannya"

Lam terus bercerita....betapa dia menemui tiga peringkat sufi iaitu syariah atau changdao, tarekat atau zhongdao, dan hakikatatau zhi dao pada ajaran-ajaran Qi Daozu.

"Orang Cina sebetulanya ialah Islam dan Islam ialah orang Cina. tetapi orang-orang Melayu di sini secara umumnya tak menunjukkan peribadi contoh yang baik, maka Islam yang telah hilang daripada diri orang-orang cina itu semakin jauh semakin jauh , tetapi alhamdulillah saya diberi hidayah Allah...."

petikan perbualan salsabila dan Lam buat aku jeda seketika dan terdetik dalam hatiku.. benarlah agama itu datang dari sumber yang satu... tapi telah dipesongkan oleh mereka2 yang  dikuasai nafsu dan sayaitan.. merubahnya sesuka hati agar mampu memenuhi kehendak dan keperluan mereka biarpun melanggar hukum Allah... tuhan agama langit....

novel nie bagus untuk dibaca.. terutamanya kaum hawa macam aku... ada banyak perkara yang boleh diambil dari novel ini  antaranya tentang kebergantungan kepada Allah, konsep  usaha dan tawakal dan juga masalah2 berkaitan keluarga dan kehidupan... novel ini mengisahkan seorang gadis yang meningkat dewasa dengan pelbagai suka duka kehidupan... berkongsi kasih dan terbelenggu dengan cinta dua lelaki yang mengasihi dan mencintainya kerana cinta mereka kepada Allah.. begitulah sedikit sebanyak tentang tunggu teduh dulu.... mengetengahkan watak Salsabila untuk diteladani kebaikannya dan disempadani kelemahan dan keburukkannya.... :)

0 comments:

Catat Ulasan

perkongsian lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads