salam buat semua.. semoga semua berada dalam naungan rahmat Allah.. alhamdulillah setelah lama tak menconteng kat sini akhirnya Allah bagi ruang untuk sekai lagi berkongsi cerita dengan sahabat... :) sekarang ni dah habis da taklifan sebagai penuntut sains komputer.. dan seterusnya bakal menggalas taklifan baru.. sesungguhnya apa yang dirancang ada kalanya tidak terjadi seperti yang di mahukan... segalanya percaturan Allah bukan... Dia lebih tahu apa yang baik buat kita.. tapi bukanlah bermakna menyerahkan segala2 nya pada ketentuan Allah...bukan.. masih juga perlu usaha. masih juga perlu bertindak.. kerana nasib seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia mahu merubahnya..:)
dan kini.... yang merancang dan merangka adalah bonda.. dan aku menjadi anak yang hanya ingin membahagiakan bondaku.. Alhamdulillah setakat ini segalanya berjalan lancar.. biarpun apa yang aku perolehi adakalanya lebih kurang berbandinng apa yang aku boleh dapati jika aku tidak mengikut saranan bonda.. tapi rezeki yang datang dengan restu dan doa bonda itu lebih berkat.. aku tidak pernah merasakan kekurangan mahupun ketidak cukupan .. apa yang ku lakukan kini adalah follow the flow...hingga nnt bila aku perlu pergi jauh dari bonda...

0 comments:
Catat Ulasan