Isnin, Mei 09, 2011

kerana doa

semalam sedang melayan kerja.. siapkan report final project. dengar lagu kerana doa dlam carta IKIM. lirik nya sedikit sebanyak membuatkan diri berfikir sejenak ..apakah semkin dekat atau jauh dari perjuangan.. atau apkah terlalu angkuh untuk kembali ke jalan juang yang dulu.. lagu nie.. menyedarkan.. bahawa Allah tidak membiarkan.. dan Allah juga tidak merasa terbeban... malah Allah maha pengampun...mintalah pada Allah.. mintalah pada allah..mintalah.. berdoalah.. insyaAllah akan makbul.. cepat atau lambat itu urusan Allah.. yang penting .. yakinlah Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia2 dan setiap dari kita tidak terlepas daripada pengawasanNya...selamat mendengar.. menghayati dan memahami.. hiduplah dengan ISLAM yang sebenar kerana ISLAM itu indah..

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan
Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang
Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku
Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan

0 comments:

Catat Ulasan

perkongsian lain :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

nuffnang ads